Monday, May 21, 2012

Kelebihan bulan REJAB

alhamdulillah.....syukur kehadrat ilahi,dengan limpah kurniaNya,kita masih lagi di beri kesihatan tubuh badan yang baik dan bernafas lagi di bumi Nya... malam ini genablah 1 Rejab 1433H...bila masuk sahaja bulan Rejab,maka akan menyusul bulan..Syaaban dan seterusnya Ramadhan...ini lah diantara bulan Islam yang banyak memberi sejarah kepada umat islam.

Dari apa yg ana baca,dapat ana simpulkan bahawa dalam bulan rejab telah berlaku satu peristiwa Mikraj.
Isra’ Mikhraj pada  27 Rejab. kenapa ia dipanggil Isra' Mikhraj? Pada tahun ini telah berlakunya dua peristiwa yang menimpa Rasullah s.a.w, iaitu baginda telah kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda ,Abu Talib. Oleh sebab itu,baginda berasa sedih di atas kehilangan dua insan ini,maka dipanggil Tahun Dukacita . Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.



Sabda Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Syaa’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”


“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
ayuh kita semak kelebihan bulan Rejab
tahukah anda akan kelebihan bulan Rejab?



ayuh kita semak apakah kelebihan bulan Rejab ini ;


1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


p/s : kenapa ana higlight #12? hehe...sengaja nak bagi tau pada kaum adam yg akan berkhawin,bersedekah la pada bakal isterimu pada bulan Rejab ini dengan seribu dinar hehe