Wednesday, May 25, 2011

Tahniah buat adikku tercinta

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum... syukur kehadrat ilahi dengan nikmat iman dan islam yang diberikan Nya pada ana dan sekeluarga.. Pagi tadi,ma dapat call dari YP mengenai interview adik tempoh hari.Syukur,interview adik berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke Middle East dalam Medic di bawah biasiswa MB.Walaupun adik telah masuk ke KMPh,telah bayar yuran pendaftaran,duit tu kami halalkan ja,itu rezeki orang lain.Hasrat adik untuk ke Timur Tengah akhirnya tercapai jua.Sebagai kakak,berat rasanya untuk melepaskan adik berjauhan daripada keluarga,apatah lagi hubungan kami amat akrab sekali.Tapi,ana tak mampu menghalangnya,kerna itu impian adik.Apa yang mampu kakak katakan,kakak sentiasa mendoakan kejayaan adik.Kata abah "jangan sedih-sedih,esk da rezeki kita pegi buat umrah dan ziarah la adik".Bila adik dah dekat sana,lagi kerap la kita dapat pegi sana,sebab kakak ngn kak ngah dah kerja time tu hahaha".



Pendaftaran Middle East Programme (MEP) Bagi Perubatan di Mesir

Tarikh :
27 Mei 2011 (Jumaat)
Masa :
8.30 pagi-11.00 Pagi
Tempat :
Kolej Cemara Akasia, Jln Pinang Raja, 18/2 Seksyen 18, 40200 Shah Alam
Telefon :
03-5522700 (INTEC,UiTM)

No comments: