Saturday, January 8, 2011

keseronokan atau keredhaan Nya?

assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

Yang mana satu jadi pilihan kalian dalam menjalinkan perhubungan sesama insan?mencari keseronokan atau mendapat keredhaan dari Allah s.w.t?pilihan di tangan kalian.. bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu hubungan dalam tempoh yang lama. tidak kiralah hubungan kekeluargaan,persahabatan,atau pun percintaan dua jantina.. Apa yang ana nak tekan kan dalam entry ana kali ini berkaitan hubungan cinta antara dua jantina.Kita sebagai manusia sering alpa dengan cinta dunia sehingga mencari di mana titik keseronokan,walhal kita lupa untuk mencari titik redha dari Nya.. ketahuilah,keseronokan tanpa keredhaan dari Nya tidak pernah buat diri kita senang dan tenang. Kemana hilangnya nikmat senang dan tenang ini? Hilangnya nikmat ini kerana tiadanya redha Allah dalam perhubungan itu..samalah seperti kita mencari rezeki.Bekerja 8jam sehari,tiap-tiap bulan terima gaji beribu-ribu,tetapi kita sentiasa merasa tidak senang dengan apa yang kita dapat.Duit yang bayak tetiba hilang atau tidak pernah cukup,pernahkah kita berfikir sejenak akan hal ini?Mungkin sewaktu kerja,kita banyak membuang masa atau istilah muda mudi sekarang mengular,atau mungkin juga kita tidak pernah amanah dalam pekerjaan kita,maka hilangnya redha Allah itu menyebabkan kita tidak pernah menikmati nikmat-nikmat itu..Ana selalu mengingati diri ana sendiri,agar menjaga batas-batas pergaulan ana.Ana takut,andai ana terlalu seronok dalam menjalinkan perhubungan dengan insan tersyg sehingga alpa,suatu hari ana akan bersedih.Ana meletakkan cinta ana pada Ilahi lebih daripada cinta ana pada insan tersyg =),kerna tiada apa yang ana harapkan dari Nya kecuali redha Nya .nauzubillahminzaliq

No comments: